SIAPA SAYA

ASSALAMMUALAIKUM

mama love

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana saya diberi peluang olehNya untuk berkongsi dengan semua atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Serba sedikit tentang diri saya. Saya merupakan ibu kepa 3 orang cahayamata, 2 putera dan seorang puteri.Saya juga merupakan seorang ibu yang bekerja. Saya gagal menyusukan kedua-dua putera kesayangan saya,kerana kurangnya ilmu berkaitan penyusuan susu ibu. Memandangkan saya bekerja,maka telah  saya tersalah faham ,saya hanya tahu bahwa ibu yang bekerja hanya boleh memberikan anak-anak susu formula sahaja.

Ketika saya disahkan hamil anak ke tiga,saya telah tersedar bahawa kepentingan susu ibu dan banyak cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan bahawa anak kita boleh membekal susu ibu kepada anak kita walaupun bekerja.

Pengalaman menyusukan anak dengan susu ibu walaupun bekerja adalah suatu pengalaman yang cukup manis dan membanggakan saya. Saya mengambil langkah alternatif dengan mengamalkan SET 3M,SHAKLEE  bagi memastikan saya bertenaga,sihat & cergas dalam menjalani tugas seharian sebagai isteri,ibu dan pengurus projek di salah satu syarikat kontraktor di Johor Bahru yang mana memerlukan saya bergerak aktif.

Di sini saya ingin berkongsi kan pengalaman, penyelesaian kepada pemasalahan berkaitan susu ibu. Saya juga berbesar hati jika ada ibu-ibu juga boleh berkongsi tips-tips dan pengalaman ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.

Salam Sayang…
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *