BENGKAK SUSU, Punca dan Cara Mengatasinya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

Bercerita tentang bengkak susu,bagi ibu-ibu yang menyusukan tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Bila di ingat-ingat saya mengalami bengkak susu ketika dalam pantang Atiqah memang teramat sakit tambahan pula ketika itu saya berpantang sendiri. Ketika itu, Atiqah kurang menyusu dan tak  berapa pandai nak latch. Sibuk ketika itu, telefon akak untuk dapatkan pandangan dan petua. Akak saya teramat la risau, sebab di takut saya kena demam t***k.

Itu cerita bengkak susu masa dalam pantang, bila da bekerja pulak, pernah satu hari saya terpaksa outstation ke Kuala Lumpur  sebab terlalu sibuk plus tumpang kereta dengan company lain pulak makanya saya tak mengepam la.Masa tu breast dah keras,n berdenyut-denyut.Baju pun da basah, nasib saya cover dengan sweater. Lepas je sampai kat jb saya terus pump,hasilnya mmg la lumayan tapi kesannya pada keesoknya susu saya jadi drop.Ini sedikit intro pasal bengkak susu yang saya alami.

milk glands

Punca berlaku bengkak susu ni adalah seperti yang disenaraikan di bawah ni;

  1.  Masalah pengurusan penyusuan yang tak teratur especially bila baby ter miss feeding time dia. Kadang-kadang baby tertidur lama atau kita as mother termiss waktu pump session (untuk ibu yang pumping ) . Macam Ija dulu,belum ada pump nak wat marmet pun x pandai.
  2. Sekiranya  dah bekerja, jangan sesekali miss waktu mengepam. Ini pun antara punca popular berlakunya bengkak susu. Jadi, cuba cari masa dan ruang untuk mengepam susu. Punca no.1 dan punca no.2 ni lebih kurang sama je kan? Tapi contoh no.1 tu untuk mommy yang baru melahirkan baby. Contoh no.2 ni untuk mommy yang sudah bekerja. Punca no 2 ni, bukan saja boleh buat bengkak susu tapi boleh juga buat susu drop.
  3. Baby tidak menyusu dengan betul. Biasanya terjadi untuk baby baru lahir. Baby baru nak belajar latch atau pelekapan yang tidak betul. Mulut baby pun kecik sangat masa baru lahir. Nak dibandingkan dengan nipple mommy yang besar. Ini pun boleh jadi punca berlakunya bengkak susu.
  4. Bengkak susu boleh jugak terjadi bila liang susu kita dah tersumbat. Untuk kes yang ini, kita dah pam-pam susu..tapi tetap tak keluar susu. Breast tetap rasa penuh dan sakit. Bahaya bila liang susu dah tersumbat ni.

 

Apa nak buat kalau bengkak susu :

Secara umum, jika dah berlaku bengkak susu kita pasti akan cuba nak kosongkan payudara kita kan? Tapi engorgement akan menyebabkan bayi susah nak melekap (latch on). Bila dah susah nak latch, bagaimana mungkin boleh kita kosongkan payudara?

Maka, kalau dah jadi juga bengkak susu, cubalah tips-tips ini berikut:

1. Buat cold compress dulu kalau breast dah terlalu sakit. Cold compress atau tuam dengan ais adalah sebagai pain killer. Dah kurangkan sakit barulah boleh teruskan dengan step no.2.

2.Warm compress / Tuam Breast . Ambil kain dan basahkan dengan air suam. Warm compress untuk nak lembutkan breast kita yang dah bengkak amat tu. sambil-sambil buat tuam dengan air suam tu, urutla payudara perlahan-lahan.

3. Beri anak menyusu atau pam susu keluar.

4. Kalau dah kronik juga, amik kobis ( satu dua layer kobis tuh ) dan letakkan kat breast kita dalam 5 – 10 minit. Tapi jangan lama-lama. Nanti susu terus kering pula. Insya allah, bengkak akan menyusut and kurang sakit.

Selain daripada itu, keep on feeding baby as often yang boleh untuk mengelakkan bengkak susu terjadi. Jangan cut down fluid intake sebab takut bengkak susu kerana ianya tidak ada kena mengena dengan sebab terjadi nya engorgement / bengkak susu.

Kalau tak diatasi breast engorgement ni, boleh jadi masalah lain, susu akan kurang, mungkin juga akan ada blocked duct, mastitis dan banyak lagi.

Good Luck ya momiest..HEPI BREASTFEEDING.

 

Sebarang persoalan ataupun kemusyikilan boleh tinggalkan komen & soalan dibawah.Saya juga menggalakkan ibu-ibu berkongsi pendapat & pengalaman dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.

 

Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee? boleh hubungi saya:

 

sign blog

 Saya Adalah Wakil Pengedar Sah Shaklee. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara percuma dan berterusan apabila membuat pembelian dari saya

KHADIJAH ISHAK
♥ Shaklee Independent Distributor  ( ID No :924725) ♥
♥ SMS / Watsup : 0197567407 ♥  
♥ COD area :Pasir gudang,Masai,Permas Jaya,Johor Bahru, Tampoi, Kempas ♥
 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *