Category Archives: TIPS/PETUA

Tips Menyusu Di Tempat Awam Agar Ibu Dan Anak Selesa

Sedang seronok-seronok membeli belah,tetiba bayi menangis-nangis minta disusukan.Alamak macam mana ni? Takkan la nak menyusukan bayi di tempat awam pulak kan?

Teringat pengalaman pertama kali menyusukan Atiqah ketika di Jaya Jusco Permas Jaya. Sebenarnya sebelum tu, saya dah pun menyusukan Atiqah ketika di dalam kereta. Ketika itu,saya bersama adik perempuan saya,kami tengah syok-syok berjalan-jalan,tiba-tiba Atiqah dah mula mencari-cari “sesuatu”.

Mula-mula volume suaranya perlahan sahaja,dan bila dia dah maksimumkan suaranya.Saya dah mula menggelabah. Ketika itu,saya terpandang restoran dan terus  masuk ke dalamnya . Saya mencari meja yang agak tersorok .Nasib baik ketika saya membawa kain lampin,kain lampin tersebut saya jadikan sebagai “cover” ketika itu dan adik perempuan saya turut jadi perlindung di bahagian sisi saya.

Tetapi kini,dengan pelbagai kemudahan tempat menyusu,aksesori menyusu yang dicipta khas untuk ibu-ibu menyusu memudahkan ibu-ibu.Apa yang penting,ibu-ibu tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak ramai ketika menyusukan bayi.

 

Jom saya kongsi beberapa tips mudah agar ibu-ibu dapat menyusukan bayi bila-bila masa dan dimana-mana jua.

 

4 Tips Menyusu Ditempat Awam

 

1.Yakin diri dan berlatih 

Ibu-ibu usah ragu-ragu dan berkeyakinan untuk melakukan penyusuan di tempat awam. Sebelum itu,seharusnya ibu-ibu telah berlatih di rumah bagi memudahkan ibu melakukan penyusuan di tempat awam apabila keaadaan terdesak nanti. Rumah adalah tempat terbaik untuk anda membuat latihan, berlatih dihadapan cermin,cuba cara yang paling minima bukaannya

Pastikan aurat sentiasa tertutup sepanjang penyusuan. Apabila telah mendapat posisi  yang betul dan ibu rasa selesa dengan posisi tersebut, maka jika bayi menangis di tempat awam, ibu tahu bagaimana untuk menguruskan situasi yang berlaku bila menyusukan bayi.

 

2.Pakaian khusus / Pakaian yang sesuai

Sekarang telah banyak pakaian-pakaian khas untuk ibu menyusu.jadi ibu-ibu boleh memilih yang sesuai untuk digunakan. Pakai bra menyusu yang sesuai agar mudah untuk menyusukan bayi anda.  Selain itu,ibu-ibu juga boleh memakai shawl dan tudung yang agak labuh sedikit bagi melindungi bahagian dada.

Terdapat juga pelindung penyusuan (nursing cover) yang cantik-cantik yang dijual di pasaran dengan harga berpatutan. Atau anda juga boleh juga cara yang lebih menjimatkan dengan menggunakan shawl sediada atau lampin bayi untuk dijadikan perlindung.

 

3.Pilih tempat yang sesuai

Banyak pusat membeli belah di negara ini mempunyai bilik khas menyusu. Namun sekiranya tiada bilik khas untuk menyusu, cuba cari fitting room (bilik mencuba baju), tempat menukar lampin, surau dan sudut-sudut yang agak jauh dari escalator, tangga, lif dan laluan orang ramai untuk anda menyusukan bayi.Sebolehnya carilah ruang yang agak tersorok daripada orang ramai.

 

4.Bantuan

Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, minta suami atau pihak ketiga menjadi ‘dinding’  atau mengepung anda sementara saat penyusuan berjalan. Atau letakkan bag atau barang-barang lain disebelah anda sebagai pelindung.

 

Jadi, ibu-ibu buangkan rasa gusar atau risau dalam hati. Yang paling penting niat kita untuk menyusukan anak di tempat awam sebab bayi lapar dan satu-satunya makanan bayi ialah susu ibu.Bukannya sebab hendak buat pertunjukkan ataupun menunjuk-nunjuk. Moga-moga entri ni dapat membantu ibu-ibu diluar sana terutamanya buat yang pertama kali bergelar ibu.

 

 

Shaklee Independent Distributor

Khadijah Ishak (Id No 924725)

SMS/Call/Whatsapp : o17-7684637

Facebook : Khadijah Ishak

Page :  MamaDvitaminShoppe

COD Area : Pasir Gudang – Masai – Johor Bahru

 

Petua Semulajadi Bantu Atasi Tangan Mengelupas Dan Kering Supaya Tak Malu Bila Bersalaman.

Jikalau lelaki memiliki tangan yang kasar atau menggelupas pastinya tidak mendatangkan apa-apa masalah besar pada mereka.Namun begitu, untuk wanita ianya begitu memalukan. Tidak kiranya wanita yang telah berkahwin mahupun anak dara.

Bila orang menghulurkan tangan untuk bersalaman,terasa malu pula untuk membalasnya. Selain dari menyebabkan kita hilang keyakinan diri,sebenarnya masalah tangan mengelupas ini juga boleh,jika dibiarkan lama kelaman ianya boleh kering dan berdarah/luka teruk.

 

Petua Semulajadi Untuk Tangan Lembut Dan Licin.

Memiliki tangan yang lembut dan licin pastinya menjadi dambaan semua wanita.Mari kita cuba beberapa  petua di bawah in.

Petua 1 # Minyak Zaitun

Campurkan 1 sudu  minyak zaitun dan 1 sudu  gula pasir. Gosokan perlahan-lahan  pada tapak tangan selama 1-2 minit,kemudian bilas dengan air bersih. Kegunaan minyak zaitun membantu membuang sel-sel kulit mati dan menjadi pelembap semulajadi  yang sangat baik untuk kulit.

Untuk mengelakkan jangkitan, jangan lakukan rawatan  ini ketika kulit luka.

 Petua 2 #  Mentega dan minyak almond

Selain minyak zaitun, mentega dan minyak almond sama-sama mengandung minyak pelembap yang efektif untuk menghaluskan kulit.

Cukup campurkan 2 sudu mentega dengan 1 sudu minyak almond, gosok-gosok pada tangan,biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam.Lakukan secara teratur setiap hari

Petua 3 # Lidah buaya / Alovera

Sapukan lendir lidah buaya di bahagian kulit yang mengelus. Lendir lidah buaya merupakan salah satu bahan herbal paling bermanfaat untuk kulit.

Petua 4 # Belimbing buluh

Cara  lain menggunakan belimbing buluh. Ambil belimbing buluh tersebut dan gosokkan di serata tapak tangan anda

 Petua 5 #  Madu

Campurkan madu (pilih madu organik) dengan sedikit air lemon, dan kemudian sapukan pada kulit yang mengelupas. Biarkan selama 5-10 minit. Cuci dengan air kemudian keringkan dengan kain lembut.

Petua 6 # Lemon

Air lemon dengan kandungan vitamin C yang tinggi membantu menyembuhkan kulit mengelupas sekaligus membunuh bacteria yang menyebabkan jangkitan.Hiris lemon segar (pastikan lemon sudah dicuci dan gunakan pisau bersih) kemudian gunakan hirisan tersebut untuk menggosok bahagian kulit yang mengelupas.

 

Anda penat ataupun rasa leceh untuk sediakan bahan-bahan diatas untuk memulihkan tangan mengelupas dan kering anda? Saya kongsikan cara mudah dan selamat untuk anda atasi masalah anda ini.

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary

Selain daripada penjagaan luaran, pengambilan vitamin tambahan turut membantu mengatsi masalah ini. Tubuh kita memerlukan nutrisi secukupnya untuk kembali normal. Sustained Realease Vita- C Plus dapat membantu mengatasi masalah ini.

Jom kita tengok,apa kata pengguna Herbal Blend Cream dan Vitamin C kesukaan ramai ini.

Tips Ajar Bayi Minum Susu Perahan Menggunakan Botol Susu

Seringkali ibu-ibu yang ingin kembali bekerja terpaksa menghadapi masalah bayi yang tidak mahu menyusu susu ibu menggunakan botol. Masalah bayi tidak mahu menyusu menggunakan botol pastinya menjadi satu lagi cabaran untuk ibu-ibu dalam fasa penyusuan ini.

Jangan putus asa!cabaran ini boleh diatasi jika ibu-ibu mendapat bimbingan yang betul berkenan cara untuk memberikan botol kepada bayi.

Ibu-ibu disarankan memperkenalkan botol pertama bagi bayi ketika berumur empat hingga enam minggu. Ini bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko bayi keliru puting. Saya kongsikan cara-cara yang boleh ibu-ibu buat dalam usaha mengajar anak minum susu perahan menggunakan botol susu.

 

6 Tips Mudah Ajar Bayi Minum Susu Ibu Dengan Botol

 

Ajar anak minum pakai botol

 

1. Minta bantuan suami atau orang lain

Bagi langkah permulaan adalah lebih baik,jika ibu meminta suami atau ahli keluarga lain yang memberikan botol susu kepada bayi. Ini kerana bayi sudah biasa dengan bau ibunya, dan akan terus menolak botol.

2. Cuba posisi penyusuan yang berbeza-beza

Posisi yang disyorkan adalah menyusukan bayi menghadap ayah atau orang yang memberi susu, bukan posisi cradle yang biasa ibu lakukan.

3. Jangan sumbat puting ke mulut bayi

Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, biarkan bayi membuka mulut dan menarik putting itu sendiri ke mulutnya.

4. Bergerak atau berjalan-jalan ketika memberi susu.

Anda digalakkan untuk dukung dan bawa bayi berajalan-jalan ketika member botol kepada bayi.Ini membantu bayi lebih tenang dan dapat mengalihkan perhatiannya \

5. Berikan Botol Ketika Bayi Separa Sedar

Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar contohnya ketika baru tidur atau hendak tidur. Ketika ini,bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.

6. Jangan paksa bayi anda.

Paling penting , ibu-ibu jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan bayi menolok botol sama sekali. Ibu-ibu perlu bersabar dan jangan berputus asa kerana ini memerlukan banyak latihan. Sebagai panduan jangan memberi botol lebih 10 minit setiap masa. Jika bayi marah atau menangis, ibu-ibu harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.

Jenis-jenis Botol Yang Sesuai Untuk Melatih anak Minum Melalui

 

1. Gunakan puting jenis silicon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka rasa atau baunya.

2. Pastikan saiz lubang putting untuk newborn atau “slow flow”.

3. Pilih botol yang mempunyai leher lebar (wide neck).

4. Tidak perlu tukar saiz putting sehingga anak berumur 12bulan.

 

Sekiranya bayi menolok botol susu sama sekali , ibu-ibu boleh menggunakan kaedah lain seperti menggunakan sudu, cawan, picagari atau finger feeder( meletakkan tiub halus di jari anda) Semoga pengkongsian ini, bermanfaat untuk ibu-ibu sekali dan selamat mencuba.

 

Ibu bekerjaya ni bersemangat dan berazam nak susukan anak sehingga 2 tahun,Jom kita tengaok apa yang dia buat

Tips Bawa Stok EBM Dari Kampung

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Ibu-ibu semua.

Bagi ibu-ibu yang sedang berpantang di kampung dan tengah mencari-cari tips cara nak bawa balik stok EBM ke rumah. Di sini saya sediakan tips & cara handle EBM.

PERKAKASAN/PERALATAN YANG PERLU ADA

  1. Cooler Box atau Polisteren (Tong Ikan)
  2. Surat Khabar
  3. Garam
  4. Ais Secukupnya
  5. Tuala Lembap
  6. Solitape

CARA -CARANYA

  1. Alaskan cooler box / polisteren dengan surat khabar
  2. Buat satu lapisan ais
  3. Letakkan/tabur garam
  4. Susun EBM satu lapis
  5. Letak satu lapis ais
  6. Susun EBM – Ais – EBM – Ais sehingga penuh coller box /polisteren
  7. Letak semula surat khabar
  8. Akhir sekali letak tuala lembap.
  9. Tutup cooler box/polisteren dan solitape keliling penutup.pastikan penutup betul2 ketat.

» Letakkan cooler box/polisteren di bahagian depan/penumpang JANGAN letak di bonet kerana bimbang panas dan akan menyebabkan ais cepat cair.

» Seeloknya lakukan perjalanan pada waktu malam, elakkan dari lakukan perjalanan dalam cuaca panas terik (tengahari)

» Dari kg terus balik ke rumah,elakkan dari menyinggah di tempat-tempat lain.

 

Slide1

Slide3

HEPI BREASTFEEDING MOMIEST..Ingin dapatkan supplement penyusuan Shaklee. Hubungi Saya

sign blog

Saya Adalah Wakil Pengedar Sah Shaklee. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara percuma dan berterusan apabila membuat pembelian dari saya

KHADIJAH ISHAK

 Shaklee Independent Distributor  ( ID No :924725) 

 SMS / Watsup : 0197567407   

 COD area :Pasir gudang,Masai,Permas Jaya,Johor Bahru, Tampoi, Kempas