Tips Ajar Bayi Minum Susu Perahan Menggunakan Botol Susu

Seringkali ibu-ibu yang ingin kembali bekerja terpaksa menghadapi masalah bayi yang tidak mahu menyusu susu ibu menggunakan botol. Masalah bayi tidak mahu menyusu menggunakan botol pastinya menjadi satu lagi cabaran untuk ibu-ibu dalam fasa penyusuan ini.

Jangan putus asa!cabaran ini boleh diatasi jika ibu-ibu mendapat bimbingan yang betul berkenan cara untuk memberikan botol kepada bayi.

Ibu-ibu disarankan memperkenalkan botol pertama bagi bayi ketika berumur empat hingga enam minggu. Ini bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko bayi keliru puting. Saya kongsikan cara-cara yang boleh ibu-ibu buat dalam usaha mengajar anak minum susu perahan menggunakan botol susu.

 

6 Tips Mudah Ajar Bayi Minum Susu Ibu Dengan Botol

 

Ajar anak minum pakai botol

 

1. Minta bantuan suami atau orang lain

Bagi langkah permulaan adalah lebih baik,jika ibu meminta suami atau ahli keluarga lain yang memberikan botol susu kepada bayi. Ini kerana bayi sudah biasa dengan bau ibunya, dan akan terus menolak botol.

2. Cuba posisi penyusuan yang berbeza-beza

Posisi yang disyorkan adalah menyusukan bayi menghadap ayah atau orang yang memberi susu, bukan posisi cradle yang biasa ibu lakukan.

3. Jangan sumbat puting ke mulut bayi

Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, biarkan bayi membuka mulut dan menarik putting itu sendiri ke mulutnya.

4. Bergerak atau berjalan-jalan ketika memberi susu.

Anda digalakkan untuk dukung dan bawa bayi berajalan-jalan ketika member botol kepada bayi.Ini membantu bayi lebih tenang dan dapat mengalihkan perhatiannya \

5. Berikan Botol Ketika Bayi Separa Sedar

Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar contohnya ketika baru tidur atau hendak tidur. Ketika ini,bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.

6. Jangan paksa bayi anda.

Paling penting , ibu-ibu jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan bayi menolok botol sama sekali. Ibu-ibu perlu bersabar dan jangan berputus asa kerana ini memerlukan banyak latihan. Sebagai panduan jangan memberi botol lebih 10 minit setiap masa. Jika bayi marah atau menangis, ibu-ibu harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.

Jenis-jenis Botol Yang Sesuai Untuk Melatih anak Minum Melalui

 

1. Gunakan puting jenis silicon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka rasa atau baunya.

2. Pastikan saiz lubang putting untuk newborn atau “slow flow”.

3. Pilih botol yang mempunyai leher lebar (wide neck).

4. Tidak perlu tukar saiz putting sehingga anak berumur 12bulan.

 

Sekiranya bayi menolok botol susu sama sekali , ibu-ibu boleh menggunakan kaedah lain seperti menggunakan sudu, cawan, picagari atau finger feeder( meletakkan tiub halus di jari anda) Semoga pengkongsian ini, bermanfaat untuk ibu-ibu sekali dan selamat mencuba.

 

Ibu bekerjaya ni bersemangat dan berazam nak susukan anak sehingga 2 tahun,Jom kita tengaok apa yang dia buat

One thought on “Tips Ajar Bayi Minum Susu Perahan Menggunakan Botol Susu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *