Tips Menyusu Di Tempat Awam Agar Ibu Dan Anak Selesa

Sedang seronok-seronok membeli belah,tetiba bayi menangis-nangis minta disusukan.Alamak macam mana ni? Takkan la nak menyusukan bayi di tempat awam pulak kan?

Teringat pengalaman pertama kali menyusukan Atiqah ketika di Jaya Jusco Permas Jaya. Sebenarnya sebelum tu, saya dah pun menyusukan Atiqah ketika di dalam kereta. Ketika itu,saya bersama adik perempuan saya,kami tengah syok-syok berjalan-jalan,tiba-tiba Atiqah dah mula mencari-cari “sesuatu”.

Mula-mula volume suaranya perlahan sahaja,dan bila dia dah maksimumkan suaranya.Saya dah mula menggelabah. Ketika itu,saya terpandang restoran dan terus  masuk ke dalamnya . Saya mencari meja yang agak tersorok .Nasib baik ketika saya membawa kain lampin,kain lampin tersebut saya jadikan sebagai “cover” ketika itu dan adik perempuan saya turut jadi perlindung di bahagian sisi saya.

Tetapi kini,dengan pelbagai kemudahan tempat menyusu,aksesori menyusu yang dicipta khas untuk ibu-ibu menyusu memudahkan ibu-ibu.Apa yang penting,ibu-ibu tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak ramai ketika menyusukan bayi.

 

Jom saya kongsi beberapa tips mudah agar ibu-ibu dapat menyusukan bayi bila-bila masa dan dimana-mana jua.

 

4 Tips Menyusu Ditempat Awam

 

1.Yakin diri dan berlatih 

Ibu-ibu usah ragu-ragu dan berkeyakinan untuk melakukan penyusuan di tempat awam. Sebelum itu,seharusnya ibu-ibu telah berlatih di rumah bagi memudahkan ibu melakukan penyusuan di tempat awam apabila keaadaan terdesak nanti. Rumah adalah tempat terbaik untuk anda membuat latihan, berlatih dihadapan cermin,cuba cara yang paling minima bukaannya

Pastikan aurat sentiasa tertutup sepanjang penyusuan. Apabila telah mendapat posisi  yang betul dan ibu rasa selesa dengan posisi tersebut, maka jika bayi menangis di tempat awam, ibu tahu bagaimana untuk menguruskan situasi yang berlaku bila menyusukan bayi.

 

2.Pakaian khusus / Pakaian yang sesuai

Sekarang telah banyak pakaian-pakaian khas untuk ibu menyusu.jadi ibu-ibu boleh memilih yang sesuai untuk digunakan. Pakai bra menyusu yang sesuai agar mudah untuk menyusukan bayi anda.  Selain itu,ibu-ibu juga boleh memakai shawl dan tudung yang agak labuh sedikit bagi melindungi bahagian dada.

Terdapat juga pelindung penyusuan (nursing cover) yang cantik-cantik yang dijual di pasaran dengan harga berpatutan. Atau anda juga boleh juga cara yang lebih menjimatkan dengan menggunakan shawl sediada atau lampin bayi untuk dijadikan perlindung.

 

3.Pilih tempat yang sesuai

Banyak pusat membeli belah di negara ini mempunyai bilik khas menyusu. Namun sekiranya tiada bilik khas untuk menyusu, cuba cari fitting room (bilik mencuba baju), tempat menukar lampin, surau dan sudut-sudut yang agak jauh dari escalator, tangga, lif dan laluan orang ramai untuk anda menyusukan bayi.Sebolehnya carilah ruang yang agak tersorok daripada orang ramai.

 

4.Bantuan

Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, minta suami atau pihak ketiga menjadi ‘dinding’  atau mengepung anda sementara saat penyusuan berjalan. Atau letakkan bag atau barang-barang lain disebelah anda sebagai pelindung.

 

Jadi, ibu-ibu buangkan rasa gusar atau risau dalam hati. Yang paling penting niat kita untuk menyusukan anak di tempat awam sebab bayi lapar dan satu-satunya makanan bayi ialah susu ibu.Bukannya sebab hendak buat pertunjukkan ataupun menunjuk-nunjuk. Moga-moga entri ni dapat membantu ibu-ibu diluar sana terutamanya buat yang pertama kali bergelar ibu.

 

 

Shaklee Independent Distributor

Khadijah Ishak (Id No 924725)

SMS/Call/Whatsapp : o17-7684637

Facebook : Khadijah Ishak

Page :  MamaDvitaminShoppe

COD Area : Pasir Gudang – Masai – Johor Bahru

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *